Khamis, 24 Disember 2009

Taman negara 18 dec hungga 20 dec..

Dah lame sgt aku xupdate blog aku ni yer.. yela mcm mals nak berkarya la... hehehe otak dah beku men game fm2010.. hehehe..
16 dec en yunus aku cnfirm nak folow aktiviti yg en yunus canang2kan.. jom ke taman negara.. so next day elaun masuk.. aku mahizan n bubu g la kl bli tket ke jerantut....
18 dec... cter agk sedih,, hehehe nape erk..
pagi2 aku bangun bersiap.. nek moto park kat umah bubu.. even mak aku xbape suke aku join.... aku tetao nak g gak.. yela duk umah pun boring...
ok dah smpi umah bubu.. bapak die anta kami ke stesen bas sentarl klang.. nek bas se super...
brhnti stesen kl jalan pekeliling mahizan masuk..
so kul 1 smpai la kat jerantut.. opps aku amik bas dari klang 8.30.. mahizan nek kul 9.30..
smpai jerantut kami terpaksa tggu 4 jam tok di pick up oleh en yunus.. akhir2 bkan en yunus yg pick up.. gundu yg pick up.. ei menyesal rasenyer xtrun temrloh.. dorg yg 1 org g umah mak cik patient en yunus, mkan lauk sdap.. kami kelaparan.. argh.. tension.. dah la jadi penghibur jalanan kat tepi longkang... aku pasg lagu kat hp aku.. kami ber3 nyanyi le.. eii tension tol kami dahla ngah lapar...
dah smpai kat kuala tahan..
rupe2nye kami duk homestay.. yeyeye.
ape lagi kaum perempuan masak la..
mlm 2 dorg masak maggi.. opps lupe nak bgtau sape 16 org yg follow..
aku
bubu
mahizan
en yunus n familynye 5 org..
shiau lee
kak kema
solah@ mek we
aina
pija
staff nurse hop kuantan..
farah ppk dept fisio hosptl ipoh...
mlam 2 gak aktivit start.. iaitu night trekking..ok la..
duk kat bumbun jap dptla tgk rusa 2 ekor minum air garam.. ade gak la tjuk serangga2 dlm hutan.. tjuk pokok gaharu.. n mcm2 informasi..
keesokan ari..
jungle trekking... ok la gak.. tapi lansung xmencabar la.. dpat knal pokok2 je.. dpat knal tualang.. mcm ne nak nak wat bunyi kecemasan gne pokok tualang..
ok la..
ha ptang 2 part erbest dlam idup aku.. nek bot menyusuri sg tembeling.. bes gle siot.. yg tkang bawak pro. dpat men air.. kegembiraan xdpat nak ucapkan.. tpi sebenarnye yg bes si azzah la ank en yunus manja tapi lasak.. bes gak lyan die tapi kekadang xterlayan gak aku.. hehehe
dah pnat men air balik tdo.. ptg 2 gak.. pn. nur isteri en yunus.. aisha, ank laki en yunus, staff nurse, azzah n cik farah balik.. tggl la kami 10 org...
mlm 2 en hambali ajak en yunus lpak kdai die.. tgk bola.. tgk liverpool kalah n man u vs fulham 1 st half jer..
next day..
caving kat gua telinga..
xbes la gua 2.. pendek jer.. harap mhal jer..
sume skali kena rm 150.. tapi pling xbes caving rm 40... pergh memg mhal..
tapi hampeh.. xbes.... 2 pun nasib bek en yunus support byk.. k la aku ltk sume gmbar aku kat facebook aku.. korg leh tgk la sndiri..

Cara2 nak atasi marah n baran kite...

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Wallahu wa'lam...

Ibu yang mengadungkan kita

Bila dahaga, yang susukan aku...mak
Bila lapar, yang suapkan aku...mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari...mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati...mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah...mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya...mak
Bila nakal, yang memarahi aku...mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...mak
Bila takut, yang tenangkan aku...mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk...mak
Aku selalu teringatkan ...mak
Bila sedih, aku mesti talipon...mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah...mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga...mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...mak
Bila ada masalah, yang paling risau...mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk...mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku...mak
Yang selalu nasihat aku...mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari...pasanganku
Bila sedih, aku cari...mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada...pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada...mak
Bila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat...emakku
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya...
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...

dan akhir sekali, berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya..

Mari menghargai dan berbakti pada ibu sementara masih hidup di dunia.. Sesungguhnya syurga itu terletak di telapak kaki ibu..

Wallahu wa'lam...